SARA: Barangan basah, beku disenarai dalam masa terdekat – Menteri

PARLIMEN | Kerajaan Madani menerusi Kementerian Kewangan (MOF) bakal memasukan barangan beku dan basah ke dalam sistem bantuan MYsara demi memberi lebih banyak pilihan kepaa rakyat.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah berkata, pengumuman itu akan dibuat dalam masa terdekat.

“Kementerian Kewangan (MOF), kami fokus juga untuk meningkatkan lagi kategori-kategori barangan yang dibenarkan untuk menggunakan SARA.

“Jadi seperti yang saya katakan tadi, MOF akan mengumumkan kemasukan barangan beku, Insya tidak lama lagi untuk pelebaran di dalam sistem MY Sara,” katanya pada Sidang Parlimen di Dewan Rakyat pada Khamis menjawab soalan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (PH-Sekijang).

Beliau turut menjawab soalan yang diutarakan oleh Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) berkenaan kemungkinan Kerajaan berbincang bagi meletakkan barangan tenusu dalam SARA.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat