SARA Bujang 2026 Bermula Hari Ini, 3.1 Juta Rakyat Terima Bantuan Bulanan

PETALING JAYA: Seramai 3.1 juta rakyat Malaysia dalam kategori bujang mula menerima bantuan bulanan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) hari ini, sebagai sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk memastikan tiada golongan yang tercicir dalam arus pembangunan negara.

Bantuan itu disalurkan kepada individu berumur antara 21 hingga 59 tahun yang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah serta telah lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.

Mereka akan menerima RM50 sebulan, manakala penerima yang turut tersenarai dalam sistem eKasih akan menerima RM100 sebulan, menjadikan jumlah tahunan masing-masing RM600 dan RM1,200.

Program ini dilancarkan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, yang menekankan prinsip keadilan sosial, keterangkuman dan kesejahteraan rakyat.

Ia juga bertujuan meringankan beban kos sara hidup yang semakin mencabar khususnya bagi golongan bujang yang tidak mempunyai tanggungan tetapi tetap terkesan dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Penerima boleh menyemak kelayakan dan status bantuan melalui portal rasmi bantuantunai.hasil.gov.my.

Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian boleh dibuat di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terpilih.

Anda Mungkin Berminat