“Saya cuma nak makan malam ni bang…” – OKU hidup sebatang kara buat ramai sebak

BAYANGKAN hidup sebatang kara, rumah terbakar, tiada keluarga.

Begitulah kisah Jefree, lelaki sebelah kaki yang kisahnya tular di media sosial selepas videonya dimuat naik oleh pengguna thread Hilmi Mokhtar dengan kapsyen ringkas tapi penuh makna:
“Terima kasih orang baik.”

Dalam video berdurasi hampir dua minit tu, seorang lelaki menghampiri Jefree yang sedang duduk di tepi jalan. Dia tanya kalau boleh tolong belikan makanan. Tapi Jefree malu dan segan

“Saya kotor bang, nanti kotor kereta.”

Yang membuat ramai lagi sebak, Jefree sebenarnya tiada kaki sebelah dan hanya bertongkat. Dia tetap berdikari walau hidup dalam kekurangan.

Tapi abang tu tetap pujuk. Akhirnya Jefree setuju dan dibawa beli makan.

Sepanjang perbualan, Jefree luahkan kisah hidupnya:

“Rumah terbakar… tak ada bapa… saya tinggal sorang. Kadang makan roti je. Kalau nak minta makan pun, tunggu esok.”

“Mana nak cari abang ni? Saya nak bantu!” – Netizen

Video itu buat ramai tak tahan sebak. Ramai netizen meluahkan rasa simpati dan kagum dengan sikap lelaki yang bantu Jefree.

“Sebak tengok. Kalau ada nombor abang ni, saya nak tolong juga.”

“Dekat mana Jefree ni tinggal? saya ada juga perabot terpakai, boleh sedekah dekat abang ni. Baju-baju anak lelaki saya banyak yang sama size dengan Jefree.”

“Satu kaki je, jalan dengan tongkat… tapi tetap sopan, tetap ucap terima kasih. Saya nangis tengok.”

Ramai juga minta kisah ini diviralkan lagi supaya Jefree dapat dibantu oleh pihak berwajib atau NGO. Sehingga berita ini ditulis, masih belum dikhabarkan lokasi sebenar Jefree berada.

Kisah ini bukan sekadar kandungan tular, tapi cerminan realiti yang masih berlaku. Kadang, yang kita anggap kecil, macam ajak makan atau dengar cerita, sebenarnya cukup besar untuk mereka yang diuji.

Semoga abang yang membantu terus dimurahkan rezeki. Dan semoga Jefree ditemukan dengan lebih ramai orang baik.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat