Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: ‘Saya pun mahu cuti” kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada yang berseloroh kepada pemberita hari ini.
Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu tindakan Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli yang dilaporkan sedang mengambil cuti yang dalam jangka yang agak panjang.
“Saya pun nak cari beberapa hari nak cuti selepas summit (sidang kemuncak Asean 2025), boleh tak,” katanya.
Beliau menjelaskan, tiada isu yang timbul mengenai cuti panjang oleh Rafizi Ramli dan memaklumkan Ahli Parlimen Pandan itu hanya mengambik cuti beberapa hari dan bukannya sehingga akhir bulan seperti yang digembar-gemburkan di media sosial.
“(Rafizi cuti hanya) beberapa hari. Bagilah (dia cuti). Tak ada isu,” kata Anwar ringkas ketika ditemui media selepas selesai solat Jumaat di Masjid Bandar Saujana Putra, Selangior, hari ini.
Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mendakwa Rafizi mengambil cuti yang panjang sehingga mengaitkan beliau dengan kedudukannya berkait partinya menjelang proses pencalonan bagi Pemilihan Keadilan 2025 yang dijadual pada Sabtu dan Ahad ini.