Oleh: Tyah Helmi
KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memuji peranan Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadi pendamai kepada dua negara yang bertelagah pada sebelum ini di konflik bersenjata di sempadan antara Thailand dan Kemboja.
Trump berkata, ketika mana dua negara sedang bertelagah di antara negara kejiranan, ASEAN memerlukan tempat ketiga yang mana ia bersifat neutral.
“Saya menghubungi beliau pada permulaan dan berkata, kamu mempunyai dua negara yang sedang berperang di sebelah kamu.
“Kita perlukan tempat ketiga, tempat yang neutral,” katanya pada Sesi Tandatangan Pendamaian Thailand Kemboja di Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di KLCC, pada Ahad.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan Malaysia dan menyifatkannya sebagai amat hebat malah bersejarah kerana memainkan peranan yang penting dalam menghentikan pertumpahan darah antara dua negara jiran.
“Saya berjanji akan datang ke negara ini jika masalah itu dapat diselesaikan, dan saya tunaikan janji itu.
“Kamu dan dua pemimpin di sebelah kamu benar-benar tokoh bersejarah,” ujarnya.
Menurutnya, konflik yang mengorbankan ribuan nyawa itu akhirnya berjaya ditamatkan dengan pantas sejurus Malaysia memulakan rundingan damai antara dua negara berkenaan awal tahun ini di Kuala Lumpur.
“Pertempuran itu sangat kejam, namun dengan peranan Perdana Menteri Malaysia yang mengatur perbincangan, semuanya dapat dihentikan dengan pantas. Kini, kedua-dua pemimpin saling menghormati dan menunjukkan komitmen untuk berdamai,” katanya lagi.
Baca juga:








