“SD itu tidak sah.”
Begitulah reaksi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai dakwaan Perikatan Nasional (PN) yang kononnya mempunyai cukup Akuan Bersumpah (SD) daripada Ahli Parlimen untuk menukar kerajaan adalah tidak sah.
Beliau berkata demikian selepas melawat dan menghadiri Mesyuarat Koordinasi Bersama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan FELDA di Ibu Pejabat FELDA, Kuala Lumpur pada Selasa.
Katanya, kewujudan SD berkenaan dikatakan berpunca daripada Ahli Parlimen yang menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebelum ini media melaporkan, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan PN sudah mempunyai SD yang mencukupi untuk menumbangkan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Bagaimanapun, Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN tidak memberi maklumat terperinci mengenai jumlah SD yang diperoleh PN.
Pejabat Ketua Pembangkang turut menafikan dakwaan kononnya Yang di-Pertuan Agong beri perkenan kepada 118 Ahli Parlimen daripada PN untuk menghadap baginda bersama SD.
Kenyataan tular di media sosial yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin juga adalah palsu.
Zahid menegaskan bahawa perkara itu tidak akan timbul kerana SD itu tidak ada, kerana muncul dakwaan bahawa ada Ahli Parlimen UMNO-BN yang menandatangani SD itu lapor Berita Harian.
Baca juga: