Kejadian pokok tumbang berlaku sekali lagi di Kuala Lumpur selepas insiden yang sama berlaku enam hari yang lalu.
Kejadian terbaru berlaku pada Isnin berhampiran Jalan P Ramlee, Jalan Pinang, Kuala Lumpur dan dipercayai pokok tersebut telah menghempap sebuah kenderaan.
Trafik dari arah Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dikatakan perlahan ekoran insiden terbabit dan terpaksa ditutup untuk kerja-kerja pembersihan.
Sebelum ini, insiden sama pokok tumbang telah berlaku di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur menyebabkan laluan monorel Hang Tuah dan Medan Tuanku dihentikan buat sementara waktu.
Susulan kejadian, seorang warga tempatan maut, manakala seorang lagi cedera dalam insiden terbabit.
BERITA LANJUT MENYUSUL