Oleh: Haikal Tajuddin
PARLIMEN | Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) telah membenarkan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) untuk memohon kuota di bawah Net Energy Metering (NEM) Goverment (GoMEn)
Anggota Pihak Berkuasa SEDA, Lean Chean Chung berkata permohonan itu berada di bawah kategori NEM GoMEn.
Tindakan ini dibuat bagi mengelakkan sekolah-sekolah awam bersaing antara satu sama lain dengan sektor korporat mahu pun swasta untuk kuota yang sangat terhad.

“Sebelum ini Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) hanya dibenarkan untuk memohon kuota di bawah NEM (NOVA).
“Ia menyebabkan sekolah-sekolah awam ini terpaksa bersaing dengan sektor korporat mahupun swasta untuk kuota yang terhad, sedangkan NEM GoMEn selalunya ada kuota berlebihan.
“Pemohon hanya perlu mendapatkan surat pengesahan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menyatakan bangunan tersebut digunakan untuk tujuan pendidikan, sekolah berkenaan akan layak memohon kuota di bawah program NEM GoMEn,” ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya berharap, dengan adanya reformasi ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu negara mencapai sasaran penjanaan tenaga yang boleh diperbaharui dan menepati janji pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.
Baca juga: