Sedia? Konsert solo Naykilla di Zepp Kuala Lumpur Mei ini

Oleh: Aliyaa Azmi

SELEPAS mencuri perhatian peminat Malaysia menerusi persembahannya di panggung Puting Beliung Tenxi 10 Januari lalu, Naykilla terus mencuri tumpuan ramai.

Penganjur, ICON Entertaiment mengumumkan penyanyi sensasi Indonesia itu bakal mengadakan konsert solo pertamanya di Kuala Lumpur menerusi “Centyl in My Playground” pada 23 Mei nanti di Zepp Kuala Lumpur.

Turut tercalon dalam kategori Pendatang Baru Paling Ngetop di SCTV Music Awards 2025, Naykilla akan menampilkan lagu-lagu popular termasuk Bahasa Tubuhmu, Kasih Aba-Aba, Raga, SO ASU serta beberapa kejutan lain. Turut memeriahkan acara adalah artis-artis jemputan yang akan diumumkan kelak.

Naykilla mengajak semua peminat untuk menyimpan lirik Bahasa Tubuhmu agar dapat menyanyi bersama-sama pada malam konsert.

Tiket akan mula dijual pada Jumaat, 13 Februari 2026, jam 5 petang.

Tiket boleh diperoleh melalui laman rasmi: https://www.ticket2u.com.my/

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat