Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan menemui seekor ular sawa panjangnya lima kaki yang ditangkap di Kuarters Ampangan, Labuan pada Jumaat.
Pihak bomba memaklumkan menerima panggilan kecemasan kira -kira pukul 8.15 pagi berkenaan seekor ular sawa yang dilaporkan berada di luar premis pengadu.
Menurut Ketua Pegawai Bomba Kanan (KUP), seramai lapan orang anggota bergegas ke tempat kejadian menaiki jentera FRT dan EMRS.
“Kerja-kerja menangkap ular dimulakan dengan menggunakan alat khas.
“Panjang ular sawa itu dalam anggaran lima kaki panjang dan pihak kami telah berjaya menangkap ular tersebut pada pukul 8.48 pagi tadi,” jelasnya menerusi satu kenyataan.
Difahamkan, tiada mangsa yang cedera atau mengalami gangguan jiwa dengan kehadiran ular sawa tersebut dan operasi berjaya dikawal serta tamat pada pukul 8.48 pagi.
Terdahulu, terdapat satu kes sama berkenaan kemunculan seekor ular sawa dianggarkan sepanjang 4.5 meter dan berat 25 kilogram mencemaskan satu keluarga di Jalan Sentosa Barat 2, Sibu, Sarawak pada 23 April 2024.
Ular tersebut dijumpai dan kemudianya dibawa pulang ke pejabat APM Sibu sebelum dilepaskan di habitat asal yang jauh dari populasi manusia.
Baca juga :