Sejarah Dilakar! Tun Ameerul Luqman Juara PBA

JAGUH tenpin boling negara, Tun Ameerul Luqman Al-Hakim Tun Hasnul Azam melakar sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama menjuarai Jelajah Professional Bowlers Association (PBA) di Amerika Syarikat.

Atlet berusia 25 tahun itu menewaskan pemain tuan rumah, Kevin McCune, dengan keputusan 269-227 dalam perlawanan akhir stepladder PBA Chameleon di National Bowling Stadium, Reno, Nevada.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook PBA, Tun Ameerul Luqman menyifatkan kemenangan bersejarahnya itu sebagai satu pencapaian yang menakjubkan.

“Ia amat menakjubkan muncul juara Jelajah PBA, yang juga gelaran pertama saya. Ia adalah untuk semua rakyat Malaysia. Saya sayang anda semua dan terima kasih banyak-banyak,” katanya memetik laporan media tempatan.

Dalam laluan ke final, Tun Ameerul Luqman mengatasi beberapa pemain ternama, termasuk Boog Krol dan Jesper Svensson.

Dengan kemenangan ini, beliau membawa pulang US$20,000 (RM88,618) serta trofi kejuaraan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat