Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Program Sekolah Angkat Madani, satu wadah kerajaan bekerjasama dengan swasta dan komuniti pendidikan.
Beliau berkata inisiatif ini mampu memperkasa sekolah di seluruh negara terutamanya di luar bandar yang kurang mendapat akses.
“Program Sekolah Angkat Madani ini Dengan Parameter dan struktur yang lebih tersusun dengan kerjasama langsung dengan Kementerian Pendidikan.
“Jadi saya ucap terima kasih kepada Menteri , KSU, KPP serta seluruh jentera Kementerian Pendidikan terutama guru-guru yang sambut dengan sangat positif,” katanya.
Pelancaran itu diadakan dalam satu majlis rasmi yang turut dihadiri Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Ketua Setiausaha Negara (KSN); Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, pegawai tertinggi KPM serta wakil syarikat swasta dan badan korporat.
Antara guru yang mengambil bahagian ialah Cikgu Uthaya, Guru Besar SJK (T) Pulau Carey Timur dan Cikgu Tan Suat Bee, Guru Besar SJK (C) Ladang Siliau, yang mewakili sekolah di bawah tajaan Yayasan Sime Darby.
Perdana Menteri menegaskan, inisiatif konsep Sekolah Angkat Madani merupakan kesinambungan daripada Kampung Angkat yang sebelum ini diperkenalkan.
“Kita lontarkan idea Kampung Angkat MADANI, kita bagi dana maksimum RM100,000 dan minta komuniti kemukakan idea sendiri. Ada yang guna drone, beli traktor, ternak ayam, lembu. Tapi kita lihat belum cukup,” katanya.
Sehubungan itu katanya, masalah mutu pendidikan, infrastruktur, kemiskinan dan pengangguran bukan sekadar coretan kertas buat pihak di Putrajaya namun ianya sudah menjadi tanggungjawab tatakelola negara itu.
“Masalah mutu pendidikan, kemudahan asas, pengangguran, dadah, kemiskinan – semua ini perlu dilihat dari bawah, bukan hanya atas kertas perancangan di Putrajaya,” tambah beliau.
Baca juga: