Seks bebas buka peluang sebar penyakit HIV

Aktiviti seks bebas dalam kalangan masyarakat yang semakin berleluasa dikhuatiri akan menyebabkan keruntuhan akhlak dan membuka peluang kepada penularan penyakit virus human immunodeficiency virus (HIV).

Malah ada segelintir yang berpendapat amalan seks sebelum berkahwin sebagai satu perkara biasa yang dianggap normal seiring dengan peredaran masa.

Tidak kurang daripada itu, ada golongan yang tidak segan silu untuk terlibat dengan kegiatan tidak bermoral seperti menjadi pelakon filem dewasa.

Aktiviti sebegitu sering dianggap dengan budaya luar terutama masyarakat barat, tetapi realitinya hal sebegitu jelas berlaku di depan mata apabila lebih lima wanita terkait dengan perkara sebegitu.

Kegiatan ini bukan sahaja terdedah kepada risiko penyakit kronik seperti HIV, tetapi ia juga boleh mengakibatkan jangkitan kelamin atau STD.

Mengulas isu itu, Pegawai Penyelidik Institut Pengajian Tinggi Swasta, Izzah Athirah Rosli, 27, menyatakan seks sebelum nikah mampu mengundang kepada HIV.

“Dari segi kesihatan fizikal, antara penyakit berkemungkinan dihidapi adalah HIV yang mana ia adalah satu penyakit kritikal.

“Bukan sahaja penyakit kritikal, malah dari segi kesihatan mental khususnya wanita amat membahayakan,” katanya ketika dihubungi Malaysia Bangkit pada Jumaat.

Tambah Izzah lagi, wanita adalah antara yang paling banyak berdepan risiko kesihatan kerana organ intim wanita mempunyai luas permukaan yang lebih besar berbanding lelaki.

Ia juga memudahkan bakteria atau virus yang menyebabkan jangkitan seksual mudah merebak.

Melihat kepada sudut pandang agama, pastinya seks sebelum nikah adalah perbutan yang dilarang keras.

“Saya sangat sedih apabila wanita muslim yang dipergunakan dalam aksi lucah untuk tontonan di sosial media.

“Sesungguhnya wanita ini diciptakan sangat istimewa dan tinggi darjatnya namun sedih apabila sudah hilang rasa malu dan tiada batas pergaulan.

“Tuhan hadirkan haid dan rahim kepada wanita dari kecil untuk lahirkan rasa tanggungjawab supaya kita ingat yang kedepan nanti kita bakal bergelar ibu.

“Namun sayang kehormatan wanita bagai alas kaki buat kaum lelaki,” ujarnya.

Seiring dengan itu, Izzah mengharapkan pendidikan seksual dan ilmu agama yang betul dapat diterapkan dalam diri anak-anak agar mereka tahu bagaimanapun untuk membezakan antara benar dan palsu.

Bimbingan agama, komunikasi keluarga dan persekitaran masyarakat secara tidak langsung memberi pengaruh kepada tumbesaran kanak-kanak terbabit.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat