Selangor meterai MoU bandar pintar dengan Turkiye

SHAH ALAM: Selangor mengorak langkah ke hadapan dengan kerjasama strategik bersama Turkiye dalam usaha mempercepatkan transformasi digital negeri.

Ia dijalinkan menerusi Selangor Aviation and Technology Innovations Sdn Bhd (SELATI) melalui pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Setiausaha Pertahanan Industri Pertahanan Turkiye Prof Dr Haluk Gorgun pada Sasa.

MoU itu memfokuskan kepada bidang bandar pintar, sistem lalu lintas dan aspek keselamatan.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan turutmenyaksikan pemeteraian berkenaan.

Pemimpin kedua-dua negara itu turut menyaksikan pertukaran 10 MoU lain dalam pelbagai sektor strategik sempena lawatan rasmi dua hari Erdogan ke Malaysia bermula semalam.

Kerjasama itu dijangka memperkukuh hubungan ekonomi, teknologi, dan keselamatan antara Malaysia dan Turkiye, sekali gus memberi manfaat kepada pembangunan Selangor sebagai negeri maju dan pintar.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat