Oleh: Izzuddin Yussof
ULASAN | Sejak 2 Mac hari itu, Iran mula menyekat Selat Hormuz. Berkuat kuasa menghalang sebarang tangki minyak daripada melalui selat tersebut.
Perkara ini menjadikan bekalan minyak dunia mengalami pengurangan mendadak, ini kerana 20 peratus daripada bekalan minyak dunia melalui Selat Hormuz.
Nota tambahan, bekalan petrol adalah dalam 109 juta tong sehari. Dan permintaannya pula dalam 105 juta tong sehari. Ini data permintaan dan penawaran untuk minyak di seluruh dunia
Bermaksud pada masa yang normal, minyak mengalami surplus dalam 4 juta tong sehari. Iaitu ada la dalam 3 peratus sehari
Surplus 3 peratus sehari membawa kepada harga minyak dalam $65-70
Sekarang kalau supply cut by 20 peratus? Harga akan jadi berapa?
Well, as a reference pada tahun 1978-1979, yang mana disebabkan Iranian Revolution, dengan kejatuhan supply minyak oleh Iran sahaja, menjadikan global supply jatuh sebanyak 7 peratus.
Dan 7 peratus itu menjadikan harga minyak naik daripada $15.85 kepada $39.50. Iaitu bersamaan kenaikan sebanyak ~150 peratus.
Take note. Itu 7 peratus. Ini kita cakap berkaitan 20 peratus.
In the best case scenario, harga naik 150 peratus daripada harga sebelum perang ni jadi pun dah kira cukup optimis dah.
Sekarang ni, harga minyak baru naik dalam ~50 peratus. Kalau betul dia naik 150 peratus, maka ianya bersamaan $150.
What happens bila harga minyak naik mendadak?
Akan ada 4 fasa perubahan ekonomi yang berlaku


1) Inflasi yang tinggi
Kenaikan harga minyak akan menaikkan kos untuk semua barang. Dan ini akan jadikan semua barang, tanpa kira sektor, akan mengalami kenaikan harga yang banyak
Kesan ni immediate. Maybe dalam 2-3 bulan selepas kenaikan harga minyak.
2) Kejatuhan jualan dalam ekonomi
Jualan semua perniagaan akan mengalami penurunan. Hasil daripada semua pelanggan perlu spend duit yang lebih banyak untuk minyak dan travel
Sebagai perspektif, kalau kita spend RM300 untuk minyak selama ni, maka kita lepas ni akan kena spend sebanyak RM750
Untuk kebanyakan isi rumah, jumlah tu sangat besar. Jadi mereka akan kena potong perbelanjaan yang banyak sana sini
Sama seperti inflasi. Kesan ni agak laju. Mungkin dalam 2-4 bulan selepas mula naik harga minyak.
Psst. EV is a big advantage here.

3) Ramai orang hilang kerja
Kesan kelembapan jualan ni eventually akan mula bagi kesan kepada semua business.
Bila jualan jatuh, dan tak nampak ada apa-apa yang boleh dibuat untuk naikkan jualan. Maka semua business akan cari jalan untuk cut cost untuk survive
Yang mana ini bermaksud business akan mula buang orang sana sini. Ditambah lagi di zaman AI ni. Tendency untuk business shift kepada menggunakan AI untuk cut cost rasanya akan lebih tinggi.
Tapi untuk benda ni berlaku akan ada lag. Sebab at the end, nak buang orang daripada berkerja tak mudah.
Dia mungkin akan jadi dalam 4-6 bulan selepas daripada jualan jatuh. Jadi overall dalam 6-10 bulan selepas harga minyak mula naik
4) Bank negara terperangkap
Hubungan antara demand dalam ekonomi (jualan) dan inflasi (harga barang) ni biasanya berkadar selari
Maksudnya kalau jualan bagus, harga barang akan naik sebab supply tak cukup. Dan kalau jualan tak bagus, business takkan naikkan harga malahan mungkin turunkan harga untuk dapatkan jualan yang lebih tinggi
Jadi bank negara / pusat biasanya kalau ekonomi tengah slow, yang mana inflasi jadi slow, maka diorang akan potong interest rate / OPR untuk rancakkan lagi ekonomi
Tapi bila economic shock yang disebabkan harga minyak ni, bank negara akan terperangkap
Jualan jatuh, tapi inflasi tinggi
Kalau potong interest rate, inflasi berisiko jadi lebih tinggi. Sebab orang lebih mampu, tapi cost supply dah naik. Dan barang (minyak) memang tak cukup. Jadi at the end harga akan lagi naik. Dan eventually ekonomi / jualan akan lebih teruk lagi sebab harga semakin tinggi.
Kalau naikkan interest rate, ekonomi akan jadi lebih perlahan. Harga mungkin la akan jatuh sebab ekonomi semakin teruk. Tapi apa guna? Sebab jualan semakin jatuh dan unemployment akan semakin meningkat.
Hasilnya apa? Hasilnya recession. Financial market pun akan collapse. Pastinya semua ni boleh dibendung kalau perang Iran – US/Israel tak drag terlalu lama.

Tapi nampak gaya sekarang…. Emmmmm…. Dia tak akan berakhir dengan cepat.
US ingat kalau bunuh semua pemimpin atasan Iran dan semua yang mampu memimpin (mengikut pengetahuan diorang). Maka Iran akan surrender
Tapi itu tak berlaku. Dan in fact Iran masih kuat untuk melawan dan membedil markas US serta Israel.
Dengan kebanyakan markas diorang dah dihancurkan Iran, peranan US dalam perang tu semakin limited. Sebab at the end, kedudukan US adalah terlalu jauh berbanding Iran.
Dan perang dengan Iran, atau objektif US/Israel ke atas Iran iaitu untuk control Iran, tak akan berjaya hanya dengan perang airspace.
Mereka akan kena hantar ground troop ke dalam Iran. Dan kat sini yang menarik.
Iran yakin diorang akan menang kalau perang berlaku on the ground.
Kalau pun diorang tak menang. Tentangan tu akan berlaku untuk tempoh panjang. Jadi Selat Hormuz tu akan disekat untuk tempoh paling kurang beberapa bulan.
And…. Yup. Beberapa bulan tu cukup untuk menaikkan harga minyak sangat tinggi
Selain daripada kenaikan harga minyak tu, ada beberapa fakta ekonomi lagi yang kena tau
1) Negara-negara Arab banyak yang dah mula hold diorang punya investment ke dalam US. Dalam pelbagai sudut
Kena tau diorang ni antara sumber duit terbesar berlakunya AI boom di dunia. Keputusan diorang untuk hold investment di dalam US akan mengekang stock market yang tengah boom disebabkan AI sekarang ni.
Ingat, dalam investment in financial market. It’s all about liquidity. US stock market naik banyak sebab banyak liquidity inflow ke dalam financial market diorang
Kalau negara-negara Arab pullback daripada financial market US. The effect is catastrophic.

2) Anwar Ibrahim dah umumkan dengan harga minyak sekarang, kerajaan hanya mampu tampung harga Budi95 untuk 2 bulan sahaja
Kenapa? Sebab kita dah ada bajet dan allocation yang kerajaan letak untuk subsidi minyak
Bajet tu akan habis sepenuhnya kalau harga minyak kekal pada harga sekarang iaitu ~$90 untuk 2 bulan.
Dan kalau naik lagi banyak? Aku rasa kalau naik sampai $120 pun. Dah cukup untuk jadikan kerajaan surrender dalam pertahankan harga Budi95 pada harga sekarang.
Jadi kita kena prepare yang lagi 1-2 bulan, kalau perang Iran tak habis. Maka harga RON95 kita akan naik mendadak. How much? Entah. Bergantung kerajaan. Tapi boleh jadi sehingga satu kali ganda atau lebih daripada harga sekarang.
3) Collapse of global tourism
Kos minyak adalah kos kedua tertingggi untuj airline travel. Walaupun kenaikan 150% harga minyak tak jadikan harga tiket naik 150%. Tapi for sure boleh naik sampai 50-100%.
Baru-baru ni staff aku pun complaint nak balik Sabah selama ni musim raya tiket dalam RM400+. Sekarang dah jadi RM700+.
Semua negara dan business yang bergantung kepada International tourism sebagai sumber pendapatan diorang, akan nazak.
4) Kejatuhan kekayaan negara arab
Minyak dan tourism adalah antara sumber kekayaan utama negara-negara arab
Bila jualan minyak diorang disekat di Selat Hormuz. Dan tourism pun nazak bukan saja sebab harga minyak tapi juga disebabkan orang tak travel ke sana disebabkan perang (take note Malaysia pun sekarang memberi pesanan untuk tidak membuat umrah / haji selagi keadaan belum reda)
Negara-negara Arab yang selama ni antara sumber utama duit pelaburan dunia….. Akan hilang duit tu.
Sekali gus menjadikan aktiviti pelaburan dunia terbantut….
Eh dah la eh. Tak rajin dah. Selebihnya korang fikirkanlah apa yang akan jadi
Konklusi aku nak cakap…. If things remain as it is…. Kalau takde penyelesaian yang cepat untuk perang Iran vs US-Israel ni….
Ekonomi dan financial market satu dunia akan collapse. So berdoalah semoga benda ni selesai dengan cepat. And…. Be prepared
***Penulis adalah pemerhati ekonomi dan sentiasa mengulas isu-isu semasa di media sosialnya








