Selepas 25 tahun Chow Kon Yeow serah baton

Oleh: Kamilia Ali

BAYAN LEPAS: Setelah 25 tahun memimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP) Pulau Pinang, pengerusinya, Chow Kon Yeow, mengundurkan diri.

Menerusi satu ucapan terakhirnya selaku Pengerusi DAP Pulau Pinang, Kon Yeow menggesa ahli parti untuk kekal relevan sebagai parti pilihan untuk terus memimpin kerajaan Negeri Pulau Pinang.

“Saya telah memilih konvensyen biasa negeri ini untuk membolehkan perwakilan memilih pimpinan baru bagi mengarahkan DAP Pulau Pinang ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Jelasnya, parti berkenaan menjadi parti yang lebih kuat dari segi organisasi, sumber kewangan, publisiti dan sokongan orang.

“DAP Pulau Pinang kini lebih kuat berbanding 25 tahun yang lalu saya harap pemimpin baharu akan terus membawa parti ke arah lebih relevan dalam perkembangan politik.

“Kami (DAP Pulau Pinang) akan terus bertahan dengan dedikasi dan komitmen dengan berpandukan visi dan misi parti,”jelasnya pada Konvensyen DAP Pulau Pinang di SPICE Arena di sini, hari ini.

Sementara itu, Kon Yeow sempat berkongsi tentang perjalanannya sebagai pemimpin utama DAP negeri dan beliau juga pernah berkhidmat selama lapan tahun sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Apabila saya dilantik semula sebagai Ketua Menteri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023, Setiausaha Agung, Loke Siew Fook, mengarahkan saya untuk mempunyai pelan penggantian supaya generai akan datang boleh mengambil alih tanggungjawab kepimpinan.

“Saya mengucapkan terima kasih dan penghargaan yang mendalam kepada parti dan ahli-ahli kerana memberi saya peluang untuk berkhidmat dan mempimpin DAP Pulau Pinang dalam tempoh 25 tahun yang laku,” katanya lagi.

Justeru itu, DAP Pulau Pinang difahamkan telah berkembang pesat dari hanya 20 cawangan hingga hampir 300 cawangan sekarang.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat