Selepas Muhyiddin, Azmin pula letak jawatan

PETALING JAYA: Hanya berbeza beberapa jam, selepas pengumuman peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, kini giliran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula meletakkan jawatan di dalam gabungan parti itu.

Kata Azmin, beliau mengambil tanggung jawab tersebut kerana pelantikan beliau juga atas bidang kuasa Muhyiddin.

“Saya mengambil perhatian bahawa pelantikan saya sebagai Setiausaha Agung Perikatan Nasional adalah atas bidang kuasa Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Maka, saya juga meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung Perikatan Nasional bermula 1 Januari 2026.

“Saya juga mengambil pendirian meletakkan jawatan selaku Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional Negeri Selangor berkuatkuasa tarikh yang sama.

“Kerjasama semua pihak amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih,” katanya dalam kenyataan media pada Selasa.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat