Semua kaunter imigresen di BSI dan KSAB dibuka secara optimum sempena Aidilfitri

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor mengambil langkah proaktif bagi mengatasi masalah kesesakan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) sempena musim perayaan pada tahun ini.

Dalam satu kenyataan, antaranya langkah yang diambil adalah memastikan perkhidmatan kaunter pemeriksaan yang dibuka di semua lokasi pemeriksaan kereta, motosikal dan dewan bas secara optimum.

“Ia tidak termasuk yang dalam proses selenggara dan sedang mengalami masalah teknikal dikedua-dua pintu masuk BSI dan KSAB.

“Pemberian cuti untuk pegawai secara kuota yang layak mengikut giliran setiap tahun,” katanya.

Sementara itu, perkhidmatan Quick Response Team (QRT) bagi memberi fokus kepada kawalan lokasi yang mengalami kesesakan turut disediakan.

Laluan kontra bas di BSI dan laluan kontra kereta di KSAB serta tambahan kaunter hybrid di laluan motosikal dan segala hebahan maklumat tentang situasi terkini keadaan trafik berkenaan kedua-dua pintu masuk boleh terus ke media sosial rasmi jabatan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat