Semua resipi pempengaruh dalam satu Apps, memasak jadi lebih mudah!

Oleh: Aliyaa Azmi

MEMASAK untuk Ramadan kini lebih mudah dengan adanya aplikasi Kerisik: Recipe Manager. Aplikasi ini mengumpulkan resepi daripada pempengaruh masakan terkenal seperti Khairul Aming, Che Sayang Kitchen, Hazwan Ramli, Hamdan Mubarak, dan Neelofa, semuanya di hujung jari.

Beberapa resepi yang menjadi tumpuan ramai termasuk Roti Khurasan, Ayam Pop, Cantonese Yee Mee dan puding karamel.

Aplikasi ini menyediakan panduan lengkap langkah demi langkah, tip tambahan, dan gambar yang jelas.

Sesuai untuk sesiapa sahaja, dari pemula hingga yang suka memasak untuk keluarga.

Menurut @aisyahraya21, dia bersyukur dengan adanya aplikasi ini kerana membantu dirinya lebih cekap memasak dan dapat memasak dengan cepat.

“Semua resipi viral ada dalam ni. Tak perlu susah-susah tulis resipi kalau video tak list down resepi. Best nya,” tulisnya.

@faisaladham pula berkata apps ini memudahkan hidupnya semasa Ramadan.

“Tak payah Google sana sini. Semua pempengaruh ada. Memang puas hati!” tulisnya.

Menurut @nina, dia dah cuba salah satu resepi dan puas hati.

“Dah buat Ayam Pop tadi, makcik aku pun impressed,” tulisnya.

@hamdanfan pula memuji step by step tutorial apps ni.

“Tutorial dia mudah follow. Tak sesat langsung. Sangat berguna untuk rumah tangga!” Ujarnya.

Dengan Kerisik: Recipe Manager, memasak sempena Ramadan bukan sahaja lebih mudah, malah lebih menyeronokkan. Siapa kata juadah berbuka kena susah nak cari resepi?

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat