Seorang lelaki maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua buah lori di Taman Impian Jaya menghala Selong, Johor.
Komander Operasi PBK I KUP, Baharudin Abdul Rahman berkata, kemalangan melibatkan dua buah lori jenis Hino yang mana satu membawa muatan tayar manakala sebuah lagi muatan pasir yang melibatkan tiga orang mangsa.
“Terdapat dua mangsa dalam lori muatan tayar iaitu seorang lelaki dewasa yang berumur 40-an telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Manakala, seorang lagi lelaki dewasa berumur 27 tahun terselamat serta seorang lagi lelaki dewasa berumur 50 tahun dalam lori muatan pasir terselamat,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sementara itu, mangsa kemudian telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.
“Bomba bertindak membuat pemantauan keselamatan serta memastikan tiada lagi mangsa yang terlibat sama,” katanya.
Seramai lapan orang anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama satu jentera FRT bagi membantu tindakan menyelamat.
Baca juga: