Seorang mangsa kemalangan jalan raya meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaikinya bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Jalan Dato’ Ibrahim Kampung Tasik, Kuala Rompin, Pahang pada Khamis.
Komander Operasi Kanan, Afendi Abdul Halim berkata, mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat tersepit di dalam kereta manakala tiga lagi mengalami kecederaan.
“Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan ’rescue tools’.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Pahang telah menerima satu panggilan kecemasan pada pukul 9.06 pagi melibatkan kemalangan antara sebuah kereta jenis Proton Persona dan kereta jenis Perodua Bezza.
Seramai sembilan anggota bersama sebuah jentera FRT dan sebuah kenderaan utiliti EMRS ke lokasi kejadian sejurus panggilan diterima.
Difahamkan, mangsa-mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS.
Baca juga: