Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan kereta api bawah tanah

Pergaduhan antara dua kumpulan remaja menyebabkan seorang mangsa terbunuh manakala lima lagi cedera dalam kejadian tembakan di stesen kereta api bawah tanah di New York, Amerika Syarikat pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Transit dari Jabatan Polis New York (NYPD), Michael Kemper, tembakan itu bermula selepas pintu kereta api dibuka di platform bertingkat di stesen Mount Eden Avenue di The Bronx kira-kira pukul 4.38 petang.

Dalam pada itu, seorang lelaki berusia 34 tahun terbunuh, manakala empat mangsa lagi lelaki masing-masing berumur 14,15, 28, 29 dan 71 dilaporkan cedera.

Michael berkata, beberapa mangsa dipercayai terlibat dalam pertelingkahan itu dan yang lain adalah orang ramai yang menunggu kereta api.

“Kami tidak percaya kejadian ini adalah tembakan rambang, kami tidak percaya bahawa ada individu yang menembak secara sembarangan ke dalam kereta api atau di stesen kereta api,” katanya.

Sementara itu, seorang saksi, Efrain Feliciano, 61, berkata, dia terdengar suara kanak-kanak menjerit ketika kereta api itu sedang tiba.

“Kereta api itu datang dan terdapat dua kanak-kanak menjerit. Saya nampak beberapa peluru mengenai dinding lalu seorang wanita yang sedang memegang kanak-kanak menjerit,” katanya.

Michael berkata, tiada tangkapan dibuat dalam kejadian tembakan itu, namun pihak polis sedang giat mencari suspek sekali gus tidak menolak kemungkinan bahawa terdapat beberapa suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut lalu melarikan diri.

Difahamkan, Datuk Bandar, Eric Adams, bertindak untuk menambah bilangan pegawai polis di stesen api bagi memantau keselamatan pengguna.

Terdahulu, satu kejadian tembakan telah berlaku pada seorang lelaki melepaskan tembakan sehingga mengakibatkan 10 mangsa tercedera. Kejadian itu secara tidak langsung mencatat sejarah hitam apabila menjadi kes serangan besar-besaran pertama sejak sistem kereta api bawah tanah sejak 1984.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat