Seorang lelaki maut manakala empat lagi dikhuatiri masih tertimbus dalam tanah runtuh di Batu 54, Blue Valley, Cameron Highlands awal pagi Jumaat.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani, berkata pihaknya menerima laporan pada pukul 2.51 pagi, dan setakat ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih berjalan.
“Berdasarkan maklumat awal, terdapat tiga lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa masih berada dalam kawasan runtuhan,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Menurut Ismail, sembilan anggota bomba yang digerakkan ke lokasi kejadian perlu berjalan kaki kira-kira tiga kilometer untuk sampai ke tempat berkenaan.
Lapor Berita Harian, Identiti mangsa yang terbabit bagaimanapun masih belum diperoleh setakat ini.
Baca juga: