Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh ke dalam gaung di Bangunan Pangsapuri Kaya MAs, Genting Highlands, Pahang pada pukul 12.35 tengah hari Ahad.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), PBK II Habibullah Kadir melaporkan anggota bomba yang bertugas telah menjumpai kedua-dua mangsa yang merupakan pekerja pembinaan bangunan tersebut.
“Salah seorang mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala seorang lagi mangsa mengalami cedera ringan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Habibullah turut berkata operasi penyelamatan untuk membawa keluar mangsa telah dijalankan oleh pasukan bomba hingga berjaya membawa keluar kedua-dua mangsa tersebut.
Operasi tersebut melibatkan seramai empat orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting Highlands dan tujuh anggota bantuan daripada Fire Unit Genting bersama satu unit jentera FRT.
Pada 23 Mei 2023, turut dilaporkan seorang lelaki maut dipercayai akibat tergelincir sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam lebih 20 meter di KM 1 jalan naik ke Genting Highlands, Bentong Pahang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, Mohd Saufi Zakaria berkata, lelaki berusia lingkungan 60-an itu dikatakan sedang melakukan pemantauan di lereng bukit bagi kerja-kerja pemasangan paip sebelum tergelincir.
Baca juga:








