Serangan Balai Polis Ulu Tiram, tiada motif pembunuhan.

Suspek utama dalam kes serang Balai Polis Ulu Tiram, di Johor Bahru, pada Jumaat, terbukti tiada motif mahupun agenda dalam pembunuhan tersebut.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada pukul 9.49 pagi setelah Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai menemu bual sejumlah 46 individu yang dipanggil bagi membantu siasatan.

Selain itu,tujuh individu termasuk seorang warga Singapura yang dipercayai terlibat dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 24 Mei.

Perintah reman sehingga Jumaat itu dikeluarkan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsuddin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, di sini, hari ini.

Mereka yang direman melibatkan lima ahli keluarga suspek yang berumur 19 hingga 62 tahun dan dua orang daripadanya adalah penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) berumur 22 dan 21 tahun.

Permohonan reman dibuat bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, dua anggota polis maut akibat ditembak dan ditetak oleh seorang suspek yang merupakan ahli Jemaah Islamiah.

Baca juga :

Anda Mungkin Berminat