Serangan udara Ukraine ragut 22 nyawa Rusia

Barisan pegawai Rusia berikrar akan membalas dendam terhadap Ukraine susulan satu serangan udara yang mengalibatkan 22 rakyat tempatan maut manakala beratus-ratus lagi cedera di bandar Belgorod.

Memetik kenyataan media antarabangsa, New York Post, tiga kanak-kanak antara yang terkorban dalam serangan itu sejak peperangan bermula antara Rusia dan Ukraine.

Tidak hanya itu, pentadbiran Moscow menuduh pihak Kiev melancarkan serangan udara menggunakan pelbagai senjata termasuk roket dan dron.

Sumber keselamatan Ukraine bagaimanapun berkata, pihaknya hanya menyasarkan infrastruktur tentera ketika melakukan serangan.


Serangan itu berlaku sehari selepas tentera Ukraine menembak jatuh berpuluh-puluh peluru berpandu Rusia di hampir 120 bandar dan kampung dalam serangan yang menyebabkan 39 orang maut dan 159 cedera.

Malah laporan Badan Penyiaran Britain (BBC) mengatakan, sumber keselamatan Kiev melancarkan lebih 70 dron dan peluru berpandu ke arah Rusia adalah sebagai tindak balas terhadap serangan Moscow ke atas orang di Ukraine.

Sementara itu, kejadian serangan di Belgorod pula, mereka menyalahkan ketidakcekapan pertahanan udara Russia sebagai punca kematian orang awam. 

Dalam satu mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini, Rusia menuduh Ukraine melakukan serangan yang disengajakan tanpa mengelak sasaran orang awam.

Kenyataan itu disangkal sekutu Ukraine menerusi wakil perutusan Perancis berkata, Kiev mempertahankan dirinya di bawah undang-undang PBB, manakala Amerika Syarikat dan Britain menuduh Presiden Vladimir Putin bertanggungjawab kerana memulakan konflik.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat