Sewa Tapak Penjaja di Kuala Lumpur Dipotong 50 peratus

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, mengumumkan potongan kadar sewa sebanyak 50 peratus bagi tapak penjaja dan premis perniagaan kecil di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut beliau, inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 10,000 penjaja dan peniaga kecil di ibu negara yang berdepan tekanan kos sara hidup dan peningkatan kos operasi.

“Potongan sewa ini akan berkuat kuasa mulai 1 April 2026 sehingga 31 Disember 2027, dengan kadar sewaan minimum RM50 sebulan bagi memastikan akses yang berpatutan kepada peniaga kecil,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau menegaskan langkah ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan kesejahteraan rakyat serta menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar yang inklusif dan prihatin terhadap kebajikan warga kota.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, serta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud.

Hannah berharap potongan sewa berkenaan dapat meringankan beban peniaga kecil, sekali gus merancakkan aktiviti ekonomi di ibu negara.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat