Shopee Affiliate bantu jana rezeki keluarga

Oleh: Aliyaa Azmi

PETALING JAYA: Daripada sekadar berkongsi pautan ke platform e-dagang, Shopee, kini ramai ahli Shopee Affiliate mampu jana pendapatan yang bukan sahaja menampung keperluan harian, malah membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka.

Bagi Afifah Rosli, pemenang anugerah Pencipta Video Shopee Terbaik di Anugerah Shopee Superstar 2024, perjalanan sebagai ahli Shopee Affiliate bermula sebagai hobi semata-mata. Namun, segalanya berubah apabila beliau menyedari bahawa kandungan kreatifnya mampu memberi impak besar kepada orang ramai.

“Saya suka berkongsi idea dan produk yang menceriakan Ramadan dan Raya. Dari membantu seseorang memilih baju raya yang cantik hingga memperkenalkan mereka kepada kuih-muih sedap, saya puas hati melihat cadangan saya bermanfaat untuk orang lain. Lebih bermakna lagi apabila saya dapat membantu keluarga dengan pendapatan ini,” katanya.

Menurut kajian Shopee Malaysia, 60 peratus ahli Shopee Affiliate menyatakan pendapatan mereka membantu menyara keluarga, sambil memberi kebebasan untuk bekerja mengikut gaya hidup sendiri.

Selebihnya, mereka seronok berkongsi produk menarik dan membantu pengikut mencari tawaran terbaik. Kajian turut menunjukkan 87 peratus ahli lebih gemar mempromosikan produk yang telah mereka cuba sendiri daripada penjual yang mempunyai penilaian tinggi, manakala 90 peratus menggunakan Shopee Video untuk memberi inspirasi kepada pengikut mereka.

Bagi Sarah Mnasir, ibu muda yang baru menyertai program ini, pendapatan tambahan yang diperoleh benar-benar membawa perubahan kepada keluarganya.

“Saya tak sangka berkongsi benda-benda kegemaran saya boleh jadi sesuatu yang bermakna. Raya kali ini lebih istimewa sebab saya akhirnya dapat bantu keluarga segarkan rumah, tukar dekorasi baru, malah ganti beberapa barang elektrik lama. Perkara kecil macam ni lah yang buat Raya lebih bermakna,” katanya.

Seiring perkembangan dunia digital, Shopee kekal sebagai penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat