‘Siapa Dia’ Persembahan Musikal Bersejarah, Nicholas Saputra Jadi Tarikan Utama

FILEM musikal baharu arahan Garin Nugroho, Siapa Dia, akan ditayangkan di pawagam terpilih seluruh Indonesia bermula 28 Ogos 2025 sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-80 Republik Indonesia.

Menampilkan Nicholas Saputra sebagai Layar, filem ini membawa penonton melalui perjalanan emosional mencari jati diri dan cinta.

Nicholas turut menyanyi dalam hampir setiap adegan, menjadikannya cabaran besar dalam karier lakonannya.

Trailer yang dilancarkan di CGV Grand Indonesia memaparkan gabungan adegan lintas zaman dengan muzik ikonik tanah air seperti Nurlela dan Anak Jalanan.

Lagu-lagu tersebut dinyanyikan semula oleh Nicholas, Monita Tahalea dan Dira Sugandi.

Antara barisan pelakon lain yang terlibat termasuk Amanda Rawles, Ariel Tatum, Widi Mulia, Gisella Anastasia, Morgan Oey dan Happy Salma.

Persembahan mereka diperkaya dengan koreografi khas Eko Supriyanto.

Sutradara Garin Nugroho menyatakan pemilihan bulan Ogos sebagai simbol penghormatan kepada sejarah filem dalam perjuangan kemerdekaan.

Beliau menyifatkan karya ini sebagai surat cinta kepada perfileman Indonesia.

Produser Eksekutif, Faizal Lubis menekankan keberanian produksi ini meneroka genre musikal yang jarang ditayangkan.

Rakaman muzik dijalankan di Praha bagi memastikan kualiti bunyi terbaik.

Nicholas dalam kenyataannya mengakui gugup, namun menganggap pengalaman ini sebagai peluang eksplorasi baharu dalam kariernya.

Filem Siapa Dia dijangka menjadi karya penting yang bukan sahaja menghiburkan, malah memperkukuh identiti budaya Indonesia.

Anda Mungkin Berminat