Sidang Kemuncak ASEAN-46: Pertemuan Paling Substantif dalam Sejarah – PM

Oleh: Tyah Helmi

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Sidang Kemuncak ASEAN-46 yang berlangsung selama dua hari sebagai salah satu perbincangan paling substantif dalam sejarah.

“Kita telah mencapai satu kemajuan di antara sidang ASEAN yang paling substantif dalam sejarah dan begitu juga dalam perbincangan dengan GCC.

“Kehadiran mereka bermakna dan mereka telah menyatakan penghargaan luar biasa terhadap cara pengendalian sidang persiapannya dan perisian kenyataan bersama,” katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan pertemuan sulungnya dengan Perdana Menteri China, Li Qing yang melibatkan beberapa sesi perbincangan terperinci.

Dalam sidang tersebut, beberapa isu utama berjaya diselesaikan termasuk konflik Myanmar, tarif timbal balik yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) serta projek-projek kerjasama ASEAN.

“Saya ingin menyatakan penghargaan setingginya kepada rakan-rakan pimpinan ASEAN yang menunjukkan semangat setiakawan luar biasa yang memungkinkan kita mencapai kesepakatan dalam banyak hal,” katanya.

Anwar juga menyifatkan pertemuannya dengan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) sebagai satu perkembangan positif yang melangkaui tahap perkenalan awal.

“Dengan GCC, Negara Teluk, walaupun ini pengalaman yang baru kerana pertemuan pertama dua tahun lalu di Riyadh lebih kepada permulaan, pengenalan dan persetujuan secara umum, kali ini ada perbincangan yang lebih substantif,” katanya.

Beliau turut berkata, pertemuan pertama dengan Li Qing bukan sekadar satu pertemuan diplomatik biasa tetapi merupakan satu pencapaian membanggakan.

“Kita telah mencapai satu kemajuan di antara sidang ASEAN yang paling substantif dalam sejarah dan begitu juga dalam perbincangan dengan GCC.

“Kehadiran mereka bermakna dan mereka telah menyatakan penghargaan luar biasa terhadap cara pengendalian sidang persiapannya dan perisian kenyataan bersama,” tambahnya.

Sidang Kemuncak ASEAN kali ke-46 ini turut menyaksikan pertemuan serampang dua mata antara para pemimpin ASEAN dan GCC yang menandakan satu langkah ke hadapan dalam hubungan diplomasi dan kerjasama ekonomi antara kedua-dua pihak.

Anda Mungkin Berminat