Oleh: Hanim Nadia
PETALING JAYA: Inisiatif untuk menangani isu kemiskinan, ketidaksetaraan dan reformasi sistem pemerintahan global akan dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Brazil.
Dalam persidangan itu juga, Anwar akan menyatakan hasrat Malaysia untuk memajukan kerjasama ekonomi, menggalakkan kesejahteraan dan pembangunan inklusif serta reformasi tadbir urus global.
“Selain G20, saya dijadual mengadakan pertemuan bersama Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva serta beberapa pemimpin negara anggota yang lain.
“Delegasi Malaysia juga akan bertemu komuniti perniagaan di Brazil. Insya-Allah, doakan semua urusan dipermudah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad.
Anwar selamat tiba di Rio de Janeiro, Brazil pada jam 10.24 malam, 16 November (waktu Malaysia 9.24 pagi, 17 November) bagi memulakan lawatan kerja dan menghadiri Sidang G20.
Beliau diiringi Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Baca juga: