Sidang Kemuncak Tiga Hala ASEAN-GCC-China simbolik kekuatan blok serantau – Anwar

Oleh: Tyah Helmi

KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya menganjurkan Sidang Kemuncak Tiga Hala ASEAN-GCC-China buat kali pertama yang menggambarkan bahawa keupayaan rantau itu memperluaskan kerjasama strategik dengan lebih jelas dan terarah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sidang kemuncak itu merupakan bukti kejayaan dalam menyusun semula rangka kerjasama yang mencerminkan realiti dunia multipolar masa ini.

“Ia memberi simbolik kepada kekuatan kesepaduan antara blok serantau yang tidak boleh digusar lagi tentang kesan positifnya kepada masyarakat global, kata Anwar ketika berucap di Sidang Kemuncak ASEAN (Plenari) ke-46 di KLCC hari ini.

Beliau turut berkata, Malaysia turut menekankan betapa pentingnya untuk terus mempertahankan sistem multilateralisme dan memastikan model geoekonomi ASEAN-GCC-China untuk terus memainkan perana penting dalam membina masa depan yang inklusif dan mampan, bukan sahaja untuk rantau ini malah untuk rakyatnya.

“Dengan semangat itu, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, yang membawa tema ‘inklusif dan Kelestarian’ merupakan satu pendekatan strategik berteraskan nilai.

“Tema ini mencerminkan bukan sahaja aspirasi, malah tanggungjawab bersama rantau ini,” ujarnya.

Dengan itu tegas beliau, Asean mesti berlandaskan dua tonggak utama iaitu pertumbuhan yang adil dan mampan serta daya tahan yang berterusan.

“Prinsip ini perlu dihayati dalam setiap agenda dan visi ASEAN, dan Malaysia menghargai sokongan semua pihak dalam memastikan kepengerusian kali ini mampu memacu visi bersama tersebut.

Terdahulu, Malaysia menjadi pengerusi serta tuan rumah buat Sidang Kemuncak ASEAN kali ke-46 pada tahun 2025 serta Sidang Tiga Hala ASEAN-GCC-China buat kali yang pertama tahun ini.

Antara para pemimpin anggota ASEAN yang mengikuti bersama adalah, Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah; Perdana Menteri Cambodia, Hun Manet; Perdana Menteri Indonesia, Prabowo Subiyanto; Perdana Menteri Laos, Sone Xay; Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing; Presiden Republik, Ferdinand Romualdez; Perdana Menteri, Singapore Lawrence Wong; Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawata; Perdana Menteri Vietnam, Pham Min Chinh dan Perdana Menteri Timor Leste, Kay Rala Xanana Gusmao.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat