Siren amaran awal tsunami di Langkawi esok – MetMalaysia

Oleh: Kamilia Ali

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Langkawi, Kedah esok (Selasa).

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan MetMalaysia, pengujian itu dijangka bermula pada pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari di Telaga Harbour Park, diikuti oleh pengujian di Masjid Al-Istiqamah, Kuala Teriang pada pukul 2 petang hingga 4 petang.

“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan ujian sahaja,” katanya.

MetMalaysia akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang pindaan terhadap ujian yang bakal dilaksanakan.

Orang awam boleh merujuk laman web dan akaun media sosial rasmi MetMalaysia untuk mengetahui maklumat cuaca yang terkini dan sahih.

Anda Mungkin Berminat