Sistem e-Invois berkuatkuasa bermula hari ini

PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASIL) mengumumkan pelaksanaan e-Invois yang mandatori bagi syarikat yang merekodkan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 Juta.

Perkara itu dimaklumkan HASIL menerusi satu kenyataan pada petang Khamis yang menyatakan e-Invois itu bakal dilaksanakan bermula 1 Ogos 2024 (hari ini) bagi menandakan era baharu dalam usaha mendigital dan memperkasakan sistem percukaian negara.

“Rekod penerimaan e-invois sehingga jam 12:00 tengah har menunjukkan jumlah penghantaran yang
telah mencecah kepada berjaya 520,000 dan sistem Mylnvois tersedia untuk digunakan ole para pengguna.

“Walau bagaimanapun, berdasarkan laporan media dan aduan yang diterima, terdapat pengguna yang mash menghadapi kesukaran untuk mengakses kepada sistem Mylnvois.

“Untuk mengatasi masalah ini, pihak HASiL menyarankan pengguna untuk log masuk semula kepada sistem Mylnvois dan sentiasa membersihkan cache pelayar secara berkala.

“Demi memastikan agenda nasional kerajaan in direalisasikan, HASiL optimis dalam memastikan persiapan pelaksanaan e-Invois berlangsung dengan sebaik mungkin sekali gus meletakkan platform e-Invois ini kekal sebagai pemacu utama sistem negara,” katanya.

Sebarang pertanyaan berkenaan pelaksanaan e-Invois boleh dikemukakan di Meja Bantuan e-Invois HASIL di talian 03-8682 8000 (talian 24 jam) dan Mylnvois Live Chat atau menerusi e-mel myinvois@ hasil gov my.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat