Sistem e-Kehakiman Alami Gangguan, Pemfailan Manual Diaktif Sementara

PUTRAJAYA: Para peguam dan pengguna sistem kehakiman di Semenanjung Malaysia kini perlu beralih kepada kaedah pemfailan manual susulan gangguan teknikal yang menjejaskan operasi Sistem e-Kehakiman.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, gangguan itu telah menyebabkan semua proses pemfailan dokumen secara dalam talian tidak dapat dijalankan buat sementara waktu.

“Sehubungan itu, semua proses pemfailan dokumen secara dalam talian tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh gangguan ini.

“Oleh itu, pemfailan dokumen perlu dilakukan secara manual di kaunter pendaftaran mahkamah,” menurut kenyataan itu.

Langkah itu dijangka memberi kesan kepada ribuan pengguna sistem e-Kehakiman termasuk peguam, firma guaman dan pihak berkepentingan yang bergantung kepada kemudahan digital untuk urusan harian.

Walau bagaimanapun, Pejabat Ketua Pendaftar memberi jaminan bahawa pemfailan manual akan diteruskan sehingga pengumuman rasmi dibuat mengenai pemulihan sistem.

Bagi sebarang pertanyaan atau bantuan lanjut, pengguna boleh menghubungi pegawai berikut:

  • Tuan Harmi Thamri bin Mohamad @ Shaharudin, Pengarah Bahagian e-Kehakiman
    📞 03-8880 3531 | 📧 [email protected]
  • Tuan Muhamad Faizal bin Ismail, Timbalan Pendaftar Bahagian e-Kehakiman
    📞 08-8880 3614 | 📧 [email protected]
  • Encik Mohamad Khairi bin Kareem, Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat
    📞 08-8880 4208 | 📧 [email protected]

Pengguna dinasihatkan untuk merancang urusan pemfailan dengan lebih awal dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini melalui saluran rasmi kehakiman.

Anda Mungkin Berminat