Sistem Pengundian Atas Talian Kongres PKR Selamat, Tiada Isu Manipulasi – Penganalisis

Oleh: Aliyaa Azmi

PETALING JAYA: Sistem pengundian atas talian yang digunakan dalam Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan mekanisme yang selamat dan dikawal selia mengikut struktur serta keperluan parti, kata Penganalisis Keselamatan dan Politik, Dr Noor Irwandy Mat Noordin,

Menurut beliau, penggunaan teknologi pengundian dalam talian adalah inovasi baharu yang memudahkan ahli parti mengundi tanpa perlu hadir secara fizikal, namun aspek keselamatan siber menjadi fokus utama untuk memastikan data pengundian terjamin dan proses berjalan lancar.

“Isu keselamatan dalam pengurusan pilihan raya parti perlu dilihat dengan serius. Setiap langkah keselamatan harus dipatuhi agar data pengundian tidak mudah dirosakkan atau diseleweng,” katanya ketika dihubungi Malaysia Bangkit.

Dr. Irwandy menambah, pihak parti sentiasa memastikan piawaian keselamatan dipatuhi supaya proses pengundian berjalan dengan selamat dan kredibel, termasuk memastikan keterusan data dan sistem yang digunakan memenuhi tahap keselamatan yang sesuai.

Beliau menegaskan bahawa sistem pengundian atas talian itu dikawal selia pihak parti dan berlandaskan struktur dalaman yang membolehkan ia dilaksanakan dengan berkesan.

“Penggunaan pengundian atas talian dalam kongres parti bukan sahaja menjimatkan masa dan kos, malah memudahkan penyertaan ahli dari seluruh negara. Walaupun ada kebimbangan mengenai manipulasi, sistem yang digunakan telah dilengkapi dengan pelbagai lapisan keselamatan untuk mengelak sebarang gangguan,” tambahnya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat