Siti Nurhaliza bakal terima gelaran Biduanita Negara?

Nama penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza sedang dalam proses pertimbangan bagi menerima penganugerahan gelaran Biduanita Negara.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang mengatakan cadangan tersebut sedang diteliti.

“Saya ada bangkitkan perkara itu dan ada perbincangan dalaman. Cuma ia akan mengambil masa dan kita akan cuba lihat apa yang boleh dilakukan untuk mempercepatkan proses tersebut.

“Saya tidak mahu komen lebih kerana perkara ini masih dalam peringkat perbincangan,” katanya pada Selasa.

Untuk rekod, gelaran Biduanita Negara telah dianugerahkan kepada dua selebriti hebat iaitu Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan Allahyarham Puan Sri Saloma, sementara Allahyarham Tan Sri S.M Salim dan Allahyarham Datuk Ahmad Jais menerima gelaran Biduan Negara.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat