Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Malaysia akan terus kekal sebagai negara berbilang kaum dan agama dengan jaminan kebebasan beragama yang diteguhkan oleh Kerajaan Madani sehingga hari ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan semua rumah ibadat tanpa mengira agama perlu dilindungi serta pengurusan isu berkaitan hendaklah mengambil kira sensitiviti penganut terlibat bagi memastikan keharmonian dan perpaduan masyarakat pelbagai kaum di negara ini terus terpelihara.e
Beliau berkata demikian di Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri yang dianjurkan oleh dianjurkan oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) pada Khamis.
Saifuddin turut memaklumkan bahawa pihaknya akan memberi penerangan kepada Jemaah Menteri esok berhubung keadaan sebenar berkaitan isu rumah ibadat yang tidak mengikut peraturan termasuk insiden pencerobohan sebuah kuil di Rawang.
“Saya akan memaklumkan kepada Jemaah Menteri esok mengenai keadaan sebenar yang berlaku, mengenai watak-watak yang terbabit, mengenai bagaimana pihak polis berusaha untuk mengawal keadaan.
“Kerana itu kadang-kadang tindakan polis dilihat hanya dari satu kaca mata.
“Misalnya kalau ada pihak yang mengadakan perhimpunan dengan membawa topik ini, maka bila tindakan dibuat, kerajaan akan dilihat sebagai tak menghormati kebebasan berhimpun dan kebebasan bersuara,” ujar beliau.
Kata beliau, penjelasan itu merangkumi keadaan sebenar yang berlaku, watak yang terbabit serta usaha pihak polis dalam mengawal situasi.
Baca juga:








