Skim perubatan MADANI bantu mengurangkan kesesakan pesakit

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneliti serta mempertingkatkan skim kesihatan MADANI serta kemampanan skim bagi membantu meringankan beban rakyat.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, kerajaan memperkenalkan Skim perubatan MADANI bertujuan untuk mengurangkan kesesakan pesakit di Jabatan Pesakit Luar dan Klinik Kesihatan KKM di kawasan bandar.

“Skim ini telah berjaya mencapai matlamat asalnya, namun KKM perlu meneliti semula pelaksanaannya.

“Penelitian tersebut dilakukan untuk memastikan penggunaan sumber yang optimum untuk meningkatkan keberkesanan dan kemampanan skim ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, kerajaan telah mengumumkan bahawa Skim Perubatan MADANI (SPM) dan untuk mendapatkan rawatan di bawah skim tersebut, hanya klinik-klink yang tersenarai dalam senarai klinik Perubatan MADANI sahaja akan menawarkan skim itu.

Skim Perubatan MADANI kini telah diperluas ke seluruh Malaysia dan program ini dilanjutkan bagi tahun 2024.

Skim perubatan MADANI ini bertujuan untuk membantu rakyat, khususnya kumpulan B40, bagi mendapatkan rawatan pesakit luar bagi kes-kesi akut di klinik perubatan swasta (GP) secara percuma.

Ia salah satu inisiatif kerajaan di bawah Belanjawan 2024 untuk mengurangkan kesesakan di klinik da hospital awam.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat