Skuad Harimau Malaya bakal berikan cabaran di pentas AFC

Musim Piala Asia (AFC) yang bakal bermula pastinya memberikan persaingan kesemua pasukan sekali gus bersedia untuk berentap di padang bagi merebut gelaran Juara Asia.

Skuad Harimau Malaya tidak terkecuali dan bersiap siaga bagi perlawanan bersama dengan tiga pasukan dalam Kumpulan E

Penyerang kacukan negara, Darren Lok sedar akan saingan kumpulan yang bakal diberikan oleh kesemua pasukan yang dihadapi kerana masing-masing berada dalam kedudukan ranking yang lebih tinggi.

“Kesemua pasukan lawan adalah tidak mudah untuk ditewaskan, tapi tidak mustahil.

“Walaupun ranking pasukan lain tinggi, tapi kita percaya dengan kebolehan skuad kebangsaan dan akan berikan saingan yang hebat”, kata pemain Sabah.

Skuad negara di bawah bimbingan Kim Pangon ini mahu membuktikan yang Malaysia bukan lagi pasukan yang ‘cikai’ namun berkelayakkan untuk berada dalam kejohanan ini.

“Dah lama pasukan kebangsaan tidak bersaing dalam kejohanan ini dan kita semua tahu yang Piala Asia ini adalah kejohanan yang cukup besar di pentas Asia,” tambahnya menurut Harian Metro.

Skuad kebangsaan walaubagaimanapun akan membuktikan kepada semua penyokong dan peminat sukan bola sepak ini bahawa skuad harimau malaya berhad untuk berada sekaligus berentap bersama dengan pasukan Asia tersohor yang lain.

Untuk info, antara lawan Malaysia yang menghuni tangga 130 dunia adalah Jordan (87 dunia), Bahrain (86 dunia) dan Korea Selatan (23 dunia).

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat