Spider unplugged lebih mesra dengan peminat

KUMPULAN rock legenda Spider kembali menghangatkan pentas muzik tanah air menerusi konsert “Spider Unplugged” yang lebih dekat dengan peminat muzik sejak tahun 1996 lagi.

Tampil lebih santai, vokalis Tam masih unggul dengan suara serak-serak basahnya mengimbau kembali dengan lagu dan lirik yang unik dan tersendiri.

“Satu malam yang memberi kenangan paling indah buat saya. Konsert unplugged ini memang dah lama kami idamkan. Apabila berbincang dengan pihak penganjur, mereka terus setuju dengan idea ini,” kata Tam lagi setelah mendendangkan Rasakan Resapkan, Kau Saja dan Kacap Terbalik

Spider yang dianggotai oleh Tam (vokal), Aie (dram), Iss (bes) dan Pown (gitar) menyatakan ia sebagai penghargaan kepada para peminat yang setia bersama mereka sejak lebih dua dekad lalu.

“Spider Unplugged” meneruskan persembahan penuh emosi dan nostalgia dengan susunan muzik akustik yang segar serta sentuhan istimewa terhadap lagu-lagu hits mereka seperti Relaku Pujuk, Kasih Latifah, Luka Di Hati dan keseluruhan 24 lagu.

Konsert ini turut diharap menjadi platform memperkukuh semangat kebersamaan antara Spider dan peminat, serta membuktikan kehebatan mereka sebagai antara kumpulan muzik paling berpengaruh dalam industri hiburan Malaysia.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat