CEMERLANG atau tidak, adik-adik SPM 2024 boleh dapat hadiah istimewa daripada Nando’s.
Pada hari ini (24 April 2025) adik-adik berpeluang menikmati 1/4 ayam percuma di mana-mana cawangan Nando’s seluruh negara.
Syarat dia mudah je, adik-adik tunjukkan slip keputusan SPM asal (yang fizikal tu, bukan screenshot okay!) dan terus boleh tebus ayam.
Terma dan syarat adalah seperti berikut:
- Hanya slip keputusan SPM fizikal 2024 sahaja yang sah.
- Hanya PERCUMA 1/4 ayam sahaja untuk setiap 1 penebusan.
- Promosi sah untuk dine-in sahaja.
- Promosi sah di mana-mana cawangan Nando di seluruh negara.
- First come first serve, sementara stok masih ada!
- Nando’s berhak untuk meminda atau menamatkan promosi tanpa notis awal.
Tawaran ini satu hari sahaja ya! Jadi jangan tunggu lama-lama!
Selain Nando’s, F&B yang lain pun ada tawaran istimewa untuk adik-adik.
Antaranya, The Coffee Bean & Tea Leaf; Pizza Hut; Jiwa Kopi & Bingsu; Nasken Coffee; US Pizza Malaysia; Boat Noodle.
Apa-apa pun, selamat maju jaya kepada adik-adik yang ambil keputusan SPM esok! Walau apa pun keputusannya, tahniah atas segala usaha adik-adik!
Baca juga: