SPM 2024: Keputusan Diumum 24 April Ini

PETALING JAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan diumumkan pada 24 April depan (Khamis).

Menerusi kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan (KPM), calon boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM 2024 daripada sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi pada tarikh tersebut.

“Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

“KPM mengingatkan pihak sekolah agar memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2024 kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur,” menurut KPM pada Khamis.

Tambah kenyataan itu lagi, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah secara dalam talian melalui pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM Tahun 2024 mulai pukul 10.00 pagi pada 24 April 2025 sehingga pukul 6.00 petang pada 30 April 2025; dan/atau

“Atau secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2024 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

“Sistem ini akan diaktifkan mulai jam 10 pagi pada 24 April 2025 sehingga pukul 6.00 petang pada 30 April 2025,” katanya lagi.

Pada tahun 2024, seramai 402,956 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2024 di 3,337 pusat peperiksaan seluruh negara.

KPM dalam kenyataan itu turut mengucapkan syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM Tahun 2024.

“Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan,” ujarnya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat