KOTA KINABALU: Sebanyak 92.5 peratus pengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 telah menunaikan tanggungjawab mereka dalam tempoh pengundian bermula 8 pagi hingga 5 petang hari ini.
Sebanyak 58 Pusat Mengundi Awal dibuka di seluruh negeri, melibatkan 8,347 anggota tentera bersama pasangan serta 10,696 anggota polis termasuk PGA dan pasangan yang layak mengundi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan 17,615 pengundi awal tersebut menunjukkan tahap kehadiran tinggi serta disiplin yang baik dalam kalangan pengundi.
“SPR merakamkan ucapan tahniah kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan terlibat atas pelaksanaan tugas yang cemerlang pada hari ini,” menurut kenyataan itu.
SPR turut menzahirkan penghargaan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, petugas media serta semua pihak lain yang memberikan kerjasama dan sokongan menjayakan proses pengundian awal.
Baca juga:








