SPRM diseru ada sifat berani dan radikal lawan rasuah dengan penuh integriti

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Seluruh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diseru untuk sentiasa mengamalkan semangat berani dan radikal dalam perangai rasuah serta memiliki keberanian moral untuk menegakkan kebenaran tanpa memilih kasih, termasuk berani menolak sebarang arahan yang bercanggah dengan undang-undang.

Menerusi kenyataan media pada Sabtu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesional) SPRM, Datuk Indera Junipah Wandi berkata, SPRM merupakan platform terpenting dalam membentuk pegawai yang beralih daripada peranan pelaksana kepada penyelia dan pemimpin yang memikul tanggungjawab serta akauntabiliti lebih besar.

Dalam pada itu katanya, integriti merupakan tunjang utama perkhidmatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan perlu dipelihara dengan sentiasa berkata benar.

“Ianya bagi mengelakkan konflik kepentingan serta mempertahankan maruah Suruhanjaya sebagai amanah kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus Peralihan Penguasa SPRM P9 Siri 9 Bilangan 1 Tahun 2026 yang melibatkan seramai 35 pegawai SPRM, di Dewan Tun Dr Ismail, Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Petaling Jaya pada Sabtu.

Difahamkan, seluruh pegawai yang terlibat telah menyertai kursus selama dua minggu, bermula dari 19 hingga 30 Januari 2026 yang dilaksanakan di Kem Amazing Legacy, Lenggong, Perak dan MACA.

Turut hadir Pengarah Kanan MACA SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar, Timbalan Pengarah Akademi dan Latihan Asas MACA, KPKPj Mohd Saud Ayutollah Abdul Manan; Pengasas Kem Amazing Legacy, Datuk Abdul Rashid Harun, serta pegawai-pegawai kanan SPRM.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat