SPRM kesan empat anak Daim bantu siasatan

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan empat anak kepada bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, bagi membantu siasatan satu kes.

Mereka yang dikesan ialah Asnida Abdul Daim, Md. Wira Dani Abdul Daim, Muhammed Amir Zainuddin Daim dan Muhammed Amin Zainuddin Daim.

Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan Asnida mempunyai alamat terakhir di No. 6, Lot 545, Lorong Pelangi Pagi D Country Heights, Kajang, Selangor.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai beliau diminta menghubungi pegawai penyiasat Mohamad Daeem Mohd. Ali di talian 017-9127217 atau melalui e-mel [email protected].

Menurut kenyataan itu, Md. Wira Dani pula beralamat terakhir di No. 333, Jalan Kolam Air, Taman Melawati, Ulu Klang.

Sementara itu, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin mempunyai alamat terakhir di No. 6, Persiaran Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, SPRM tidak memperincikan butiran lanjut berhubung kes yang sedang disiasat.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat