SPRM: Siasatan Aset Milik Dr Mahathir Diperluas Ke Switzerland

CYBERJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan terhadap aset bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kini diperluaskan ke Switzerland selepas siasatan awal di United Kingdom (UK).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa di kedua-dua negara berkenaan, termasuk International Anti-Corruption Coordination Centre (IACCC) di London.

“Kami turut melihat kepada negara lain seperti Switzerland. Setakat ini, kerjasama dengan IACCC masih berjalan, namun tiada perkembangan baharu berhubung aset yang dikenal pasti,” katanya dipetik MalaysiaKini.

Pada April 2024, Dr Mahathir disiasat berkaitan isu pengisytiharan harta, dengan dua anaknya turut menerima notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009. Pendedahan awal menunjukkan Tan Sri Mokhzani Mahathir memiliki aset bernilai kira-kira RM1 bilion, manakala Mirzan Mahathir sebanyak RM246.2 juta.

Sementara itu, mengenai siasatan sindiket counter setting, Azam berkata kertas siasatan sedang dilengkapkan namun tiada tangkapan baharu setakat ini.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat