Stok Beras Negara Cukup, Ditambah Sehingga 9 Bulan

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan bahawa stok beras negara akan diperkukuh sehingga sembilan bulan ke hadapan bagi memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi dan stabil.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, langkah itu diambil sebagai persediaan menghadapi ketidakpastian global termasuk konflik di Asia Barat yang berpotensi menjejaskan import dan bekalan makanan dalam negara.

Beliau berkata, bekalan beras serta bahan makanan lain seperti daging, ayam, telur, ikan dan sayur-sayuran dipantau secara rapi dengan langkah awal telah diambil untuk memastikan stok mencukupi sehingga bulan Mei dan seterusnya hingga bulan keenam.

“Rakyat tidak perlu bimbang, sambutlah Hari Raya seperti biasa kerana bekalan beras dan makanan terjamin,” kata Mohamad Sabu dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet pada Jumaat.

Kerajaan turut menegaskan akan terus memantau pasaran dan menambah bekalan sekiranya perlu bagi mengelakkan sebarang kekurangan serta memastikan rakyat mendapat makanan mencukupi sepanjang musim perayaan dan seterusnya.

Anda Mungkin Berminat