Suami ditahan selepas cekik anak, berang isteri mohon cerai

TAWAU: Seorang lelaki bertindak mencekik anaknya setelah berang dengan permohonan cerai yang dibuat oleh isterinya di Taman Semarak, di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, lelaki warga asing berusia 40 tahun itu ditahan sekitar pukul 3.40 petang kelmarin, susulan laporan yang dibuat oleh mangsa.

“Mangsa seorang wanita tempatan berusia 39 tahun, mendakwa sering diganggu oleh suspek selepas dia memfailkan permohonan cerai melalui tuntutan fasakh pada akhir Disember lalu.

“Mangsa juga menyatakan bahawa suspek mengugut untuk memukulnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Jasmin Hussin, suspek kini ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 323 dan 326A Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah.

Anda Mungkin Berminat