Suami pempengaruh sempat ‘scan’ muka baby sebelum ‘pergi’ selamanya

KEMATIAN suami kepada personaliti media sosial, Farah Fakhira ketika sedang bermain badminton malam tadi mengejutkan banyak pihak.

Mangsa, Zaidul Ariff, dilaporkan rebah di gelanggang sekitar jam 10 malam sebelum dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba untuk rawatan. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Farah menerusi hantaran di Instagram miliknya.

“Sebelum dia pergi badminton, kami sempat makan dan berbual seperti biasa. Tak lama kemudian saya dapat panggilan beritahu dia pengsan… bila sampai hospital, dia dah tiada,” tulis Farah dalam nada sebak.

Tambahnya, sebelum kejadian, arwah sempat menemaninya ke klinik bagi melakukan imbasan kandungan.

“Rasa macam mimpi. Baru tadi dia teman saya ‘scan baby’, tengok muka anak kami… tiba-tiba dia pergi tinggalkan saya dan anak,” katanya menerusi hantaran video di media sosial.

Berita pemergian mengejut itu menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang mendakwa aktiviti fizikal intensif pada lewat malam boleh memberi tekanan kepada jantung, terutamanya bagi individu yang kurang rehat atau mempunyai masalah kesihatan tersembunyi.

Rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada Farah serta keluarganya, selain menyeru agar orang ramai lebih peka terhadap tahap kesihatan diri sebelum melakukan aktiviti fizikal berat.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat